Kepentingan Dalam
Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan
yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung
kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini
seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal
manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber
makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan
dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana
yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia
juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara
sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
Persekitaran yang
bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan
nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan
bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan
oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.
Udara dalam alam
sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan.
Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas
dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan
kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran
yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan
beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak
selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan
tahap kesihatan kita.
Selain itu, penanaman
pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman
tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan
nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman
pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui
penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan
dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar
seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh
hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber
ekonomi negara kita.
Alam setikar yang
bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit.
Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus
daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman
denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada
dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan
makanan dapat dielakkan.
Gangguan daripada
serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan
bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti
nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga
tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain
itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh
mengganggu keselesaan hidup kita.
sumber dipetik dari:
http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/kepentingan-menjaga-alam-sekitar_9278.html
No comments:
Post a Comment