AMALAN-AMALAN HARI JUMAAT
1. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat
subuh
Dari Abu
Hurairah r.a., katanya :
"Nabi
s.a.w. ketika solat Subuh membaca: "ALIF LAAM MIIM TANZIIL AS-Sajadah
(Surah As-Sajadah), dan 'HAL ATAA 'ALAL INSAANI HIINUM MINAD DAHRI (Surah
Al-Insaan)." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2. Memperbanyakkan selawat
Dari Abu
Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Perbanyaklah
selawat kepadaku setiap hari Jumaat kerana selawat umatku akan dipersembahkan
untukku pada hari Jumaat, maka barangsiapa yang paling banyak berselawat
kepadaku, dia akan paling dekat darjatnya denganku." (Hadis Riwayat
Baihaqi dengan sanad shahih)
3. Membaca surat Al Kahfi
Dari Abu
Sa'id Al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa membaca surah
Al-Kahfi pada hari Jumaat, akan diberikan cahaya baginya diantara dua
jumaat." (Hadis Riwayat Al-Hakim dan Baihaqi dishahihkan oleh Syaikh
Al-Albani)
4. Memperbanyak do'a
5. Amalan-amalan solat jumaat (bagi
laki-laki)
- Mandi, bersiwak, dan memakai wangi-wangian.
- Bergerak awal ke masjid.
- Diam mendengarkan khatib berkhutbah.
- Memakai pakaian yang terbaik.
- Melakukan solat sunnah selama imam belum naik ke atas mimbar.
Manfaatkan
kelebihan hari Jumaat ini dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah
s.a.w. sebagaimana disebut dalam hadis-hadis di atas.
Semoga Allah
merahmati dan membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.
Allah s.w.t
berfirman :
"Katakanlah
(wahai Muhammad): "Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya
Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang." (Surah Al-Imran:31)
Jom amalkan
sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w.! ^_^
sumber : http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4662-hari-jumaat-hari-istimewa.html
No comments:
Post a Comment