1. Penggunaan kata kunci atau terma yang
unik dan spesifik dalam suatu carian
yang dibuat.
2. Penggunaan tanda tolak ( - ) dalam
kata kunci pencarian.
Contohnya : - Enterprise, - Ker
3. Penggunaan tanda pengikat kata ( “ “ )
bagi mendapatkan kata kunci yang lebih
bersifat spesifik dan merangkumi
segala kata kunci tersebut.
4. Penggunaan huruf besar dan huruf
kecil.
- kebanyakan enjin carian tidak
membezakan sesuatu perkataan yang sama
dengan huruf, huruf besar dan
yang berada dalam pengikat kata.
Contohnya : *Perpaduan,
*perpaduan, *PERPADUAN, Perpaduan, perpaduan
5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan
dan tanda seruan.
- kebanyakan enjin carian akan
abaikan perkataan yang digunakan dalam bahasa Inggeris.
Contohnya : and, a, the, an, is
- penggunaan tanda seruan juga
diabaikan.
6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam
enjin carian.
- penyusunan terma kata carian
daripada secara umum kepada yang lebih
spesifik dalam kotak carian dapat
membantu memaparkan keputusan yang
tepat dalam bentuk senaraian pada
kotak carian tersebut.
- fungsinya juga bukan sahaja
dalam enjin carian Google tetapi ada pada pelayar
web atau browser seperti
Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
7. Elakkan menggunakan kata carian
berbahasa Inggeris yang mempunyai
imbuhan perkataan.
Contohnya : balls, tested,
walking
8. Penggunaan Browser History atau fungsi
sejarah dalam pelayar web seperti
Internet Explorer, Mozilla
Firefox dan lain-lain.
- alamat laman web yang sudah
kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di Browser History ini.
9. Hadkan masa carian dan tambahkan
dengan pelbagai cara carian.
- sekiranya belum menjumpai
maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau
perancangan yang lain seperti
berikut:-
· Penggunaan enjin carian yang lain
seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
· Membuat pertanyaan dengan menghantar
soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
· Menggunakan pakar carian maklumat yang
boleh membantu.
· Membuat panggilan telefon untuk
sesuatu bantuan atau pertanyaan.
· Bertanya soalan atau maklumat tersebut
kepada rakan taulan.
10. Perincian carian maklumat yang dibuat.
- terdapat beberapa simbol yang
boleh diguna pakai dalam carian bagi
menambahkan kespesifikan carian
dan mengurangkan skop carian. Contohnya:
· Tanda tambah ( + )
- enjin carian akan abaikan perkataan
sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan
sebagainya.
· Tanda aliran ( - )
- penambahan tanda ini di depan sesuatu
perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat
yang sinonim dengannya.
· Tanda asterisk ( * )
- digunakan untuk mencari sesuatu
perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui.
Contohnya : pendekar*
· Tanda atau ( OR ) atau ( ǀ )
- digunakan untuk mencari salah satu
perkataan carian yang sesuai. Contohnya : kenangan indah
· Julat
penomboran
- perincian sesuatu yang bernombor boleh
dikecilkan skopnya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor
tersebut. Contohnya : Windows server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200
· Penggunaan carian pintar atau Advanced
Search
- mempunyai banyak pilihan dan criteria
untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, Negara, bahasa dan
lain-lain.
· Penggunaan fungsi Wonder Wheel dalam
enjin carian Google.
- merupakan satu kaedah pencarian yang
mengecilkan skop carian kepada yang lebih spesifik.
Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0509&pub=UtusanMalaysia
Empat Pautan
Lain Berkaitan Cara Guna Enjin Carian
No comments:
Post a Comment