Penggunaan Internet perlu mengambil maklum bahawa
adalah menjadi kesalahan untuk:
- Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut,
menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia
atau luar negara.
- Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan
di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan
antarabangsa.
- Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau
masyarakat secara keseluruhannya.
- Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim
cepat kaya, skim pyramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang
dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.
- E-mel
5.1 Menghantar iklan yang tidak dikehendaki (
unsolicited advertisement/ spam ) atau sebarang bentuk amalan
perdagangan yang mengelirukan ( deceptive marketing).
5.2 Melakukan pengeboman e-mel ( mail bombing),
iaitu secara sengaja membenjiri e-mel seseorang dengan menghantar e-mel yang
sama atau bersaiz besar.
5.3 Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada
banyak kumpulan berita ( newsgroup ). Perbuatan ini juga dikenali
sebagai newsgroup spam.
5.4 Memalsukan e-mel ( forged header ) bagi
tujuan mengelirukan penerima.
5.5 Melakukan aktiviti haram seperti mengambil,
menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang
dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan
antarabangsa.
5.6 Menceroboh ( hacking ) sistem pengguna
individu, kumpulan atau organisasi yang lain. Perbuatan berikut dianggap
sebagai pencerohohan:
a) Memasuki secara haram atau
menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.
b) Menghalang identity
pengesahan pengguna atau cirri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau
rangkaian milik orang lain.
c) Menyebabkan gangguan
perkhidmatan kepada komputer host (to crash the host).
5.7 Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada
sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan
nombor kad kredit.
5.8 Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian ( network
monitoring ) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan
kepadanya.
Sumber : http://www.llm.gov.my/etika_pengunaan_internet.aspx
No comments:
Post a Comment