Hari Jumaat
merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum muslimin. Hari Jumaat mempunyai
banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada
hamba-hambaNya.
KEUTAMAAN HARI JUMAAT
Dari Abu
Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hari
paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaatt, pada hari
itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga,
serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari
tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap
Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya."
1. Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu dari
hari-hari
Dari Abu
Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Hari
Jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari
Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah,
pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya
ke bumi, pada hari Jumaat juga Adam dimatikan, di hari Jumaat terdapat waktu
yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak
memohon yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah
seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia
dikasihi pada hari Jumaat." (Hadis Riwayat Ahmad)
2. Waktu yang mustajab untuk berdo'a
Dari Abu
Hurairah r.a. bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari
jumaat lalu beliau Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Di
hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang jika seseorang muslim melakukan solat
di dalamnya dan memohon sesuatu kepada Allah Ta'ala, nescaya permintaannya akan
dikabulkan." Lalu beliau memberi isyarat dengan tangannya yang menunjukkan
sedikitnya waktu itu. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Namun
mengenai penentuan waktu, para ulama berselisih pendapat. Di antara
pendapat-pendapat tersebut ada 2 pendapat yang paling kuat:
i. Waktu itu
dimulai dari duduknya imam sampai pelaksanaan solat jumaat
Dari Abu
Burdah bin Abi Musa Al-Asy'ari r.a. bahawa 'Abdullah bin 'Umar r.a. berkata
padanya, "Apakah engkau telah mendengar ayahmu meriwayatkan hadis dari
Rasulullah sehubungan dengan waktu ijaabah pada hari jumaat?" Lalu Abu
Burdah mengatakan, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, 'iaitu waktu
antara duduknya imam sampai solat dilaksanakan.'" (Hadis Riwayat Muslim)
Imam Nawawi
rahimahullah menguatkan pendapat di atas. Sedangkan Imam As-Suyuthi
rahimahullah menentukan waktu yang dimaksud adalah ketika solat didirikan.
ii. Batas
akhir dari waktu tersebut hingga setelah Asar
Dari Jabir
bin 'Abdillah rr.a., dari Nabi s.a.w. bersabda, "Hari Jumaat itu dua belas
jam. Tidak ada seorang muslim pun yang memohon sesuatu kepada Allah dalam waktu
tersebut melainkan akan dikabulkan oleh Allah. Maka peganglah erat-erat
(ingatlah bahawa) akhir dari waktu tersebut jatuh setelah 'asar." (Hadis
Riwayat Abu Dawud)
Dan yang
menguatkan pendapat kedua ini adalah Imam Ibnul Qayyim rahimahullah, beliau
mengatakan bahawa, "ini adalah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan
generasi salaf dan banyak sekali hadis-hadis mengenainya."
3. Dosa-dosanya diampuni antara jumaat tersebut dengan
jumaat sebelumnya
Dari Salman
Al-Farisi r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Tidaklah
seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan
minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju
masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan),
kemudian dia mendirikan solat yang sesuai dengan tuntunannya, lalu diam
mendengarkan (dengan saksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni
(dosa-dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya."
(Hadis Riwayat Bukhari)
sumber : http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4662-hari-jumaat-hari-istimewa.html
No comments:
Post a Comment