CATAN
Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan
berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata.
Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan
cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah
catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat
mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco.
Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media
yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20,
muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan
yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak. Di Malaysia, catan
mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah
Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.
MEDIA
Cat Air
Bahan
warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat
lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air
akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan
ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai
digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan bersaiz antara 000 hingga
14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas
atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk
mencuci berus.
Cat Poster
Cat
poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air
dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan
untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala
kertas daripada jenis ‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin digunakan.
Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.
Cat Tempera
Bahan
warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia
mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk
menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah
berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya
teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur
sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.
Cat Minyak
Cat
minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat
minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak
linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis
lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod.
Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau
hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.
Teknik Catan
Teknik Basah Atas Kering
Ciri-ciri
Teknik
ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk
menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan
beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga
boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang
telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.
Campuran Warna
Campuran
warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas
hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.
Cara
Warna
disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan
ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk
mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang
cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang
sama.
Teknik Basah Atas Basah
Ciri-ciri
Teknik
ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia
menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi
media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus
membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah
lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan
hasilnya nampak kotor.
Campuran warna
Campuran
warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus
mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak
kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.
Cara
Kertas
dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan
apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan
daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya
ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.
Teknik Berus Kering
Ciri-ciri
Teknik
yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik
ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang
telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering
berlegap.
Campuran warna
Gunakan
warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan
pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah
dibancuh.
Cara
Gunakan
berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan
dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering.
Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian
tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus.
Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian,
sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.
Teknik Kecatan
Ciri-ciri
Teknik
ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga
catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran.
Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.
Campuran warna
Warna
yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika
hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.
Cara
Ambil
warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna
yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu
kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.
Teknik
Gurisan
Penggunaan teknik gurisan pada catan artcard menimbulkan kesan
yang menarik dan mewujudkan corak tertentu pada permukaannya. Penggunaan minyak
masak, minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang, turpetine, aresol, super
gloss lacquer, holografik dust serta gold foil glazes sebahagian bahantara
utama campuran warna menimbulkan kesan yang menarik pada subjek kajian. Dalam
teknik ini, untuk mendapatkan kesan sesuatu gambaran maka cat harus digosok,
distensilkan, dipercikan serta diguris sehingga meninggalkan kesan tertentu
pada permukaan artcard. Penyelidik menggunakan kaedah negatif kepada positif
bagi mendapat kesan yang menarik pada permukaannya. Penggunaan bahan-bahan
kimia lain juga turut digunakan bagi melihat tindakbalas serta kesan jalinan
yang wujud pada permukaan kertas tersebut. Hasil dari penemuan kajian ini,
ianya menimbulkan kesedaran bahawa terdapat bahan-bahan lain serta kepelbagaian
teknik boleh digunakan bagi mewujudkan bentuk-bentuk karya catan seni rupa yang
baru pada masa akan datang.
Teknik Scambling
Scambling merupakan penggunaan berus yg
terkawal serta secara lembut penggunaan pada satu lapisan nipis di atas warna
latar. Ia menimbulkan kesan lutsinar pada warna latar. Teknik ini diguna untuk
mendapatkan kesan tekstur yang halus pada suatu latar permandangan.
Teknik Pointilisme
Titik (Pointilisme) dihasilkan dengan
menggunakan berus dengan sapuan cara menegak dan bersistematik di atas kertas
artcard. Penggunaan berus cat yang keras di hujungnya dan kawalan campuran
minyak dan cat sangat penting bagi mendapat kesan latar yang sesuai dan
menarik.
Teknik impasto
Teknik Impasto
merupakan teknik ini menggunakan warna terus daripada tiub dan disapu
dgnpisau palet. Biasanya hasil catan ini mempunyai warna yang tebal dan legap.
Namun penggunaan minyak pada permukaan kertas dapat menimbulkan jalinan-jalin
yang menarik terutama kesan batu dan juga pergerakan air.
|
Teknik
Alla Prima
Teknik ini dilakukan dengan menyapu cat minyak
hanya sekali iaitu terus dari tiub dan melukis. Banyak tempelan cat perlu
disapu hingga warna yg dikehendaki diperolehi.
Renjisan
dan percikan
Teknik
yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan
percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat
meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas dan kain.
Teknik
Hard - edge
Teknik
ini melibatkan proses memisahkan warna menggunakan masking tape bagi
menghasilkan kesan sudut tepat dan garis lurus.
Contoh-contoh Catan




No comments:
Post a Comment